Showing posts with label General. Show all posts
Showing posts with label General. Show all posts

Wednesday, September 14, 2011

Updates | Qeera Collections

Assalamualaikum diucapkan kepada semua pelanggan QCs. Bagaimana dengan sambutan Hari Raya Aidilfitri anda? Adakah ianya lebih baik dari tahun2 yang lepas? Namun begitu, apa yang penting adalah amalan2 mulia di bulan Ramadhan, tidak terhenti dan terus diterapkan dalam kehidupan seharian kita.

Setelah kian lama menyepi kini QCs kembali dengan koleksi2 tudung yang lebih menawan demi memenuhi citarasa para pelanggan. Hampir seluruh koleksi tudung yang lepas telah terjual dan koleksi yang masih ada di dalam stock kami adalah BC03, BC07, BC04 dan BC11. Untuk makluman para pelanggan, pihak QCs masih lagi dalam usaha menyiapkan projek koleksi2 tudung untuk tujuan pemasaran secara meluas. Nantikan koleksi2 tudung yang bakal kami keluarkan dan teruslah membeli-belah bersama QCs. Simply beautiful ~

Friday, July 08, 2011

Bagaimana memilih warna yang bersesuaian dengan anda?

Colour Wheel
Memilih warna yang bersesuaian dengan diri anda kadangkala bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat beberapa faktor2 lain yang perlu diambil kira bagi anda untuk tampil lebih menarik. Faktor2 tersebut termasuklah

1)Padanan pakaian
Lazimnya, pemilihan warna tudung adalah lebih sesuai sekiranya dipadankan dengan beberapa warna major di pakaian anda. Keserasian ini dapat mengelakkan colour contrast yang melampau.
2) Usia
Golongan muda tampak lebih menarik dengan warna yang ceria dan cerah manakala golongan yang berusia kebiasaanya memilih warna yang berbeza dari kategori ini.
3) Mood
Sesetengah individu gemar memilih warna sebagai medium untuk mengambarkan perasaan mereka. Pemilihan warna yang cerah dan ceria melambangkan jiwa yang gembira dan seronok. Namun, setiap individu mempunyai citarasa warna yang tersendiri dalam melambangkan mood mereka.

Wednesday, July 06, 2011

Launching | Qeera Collections

السلام عليكم diucapkan kepada semua pelanggan QCs. Dukacitanya, ingin dimaklumkan bahawa penjualan koleksi-koleksi tudung hanya akan bermula pada 15 July 2011. Segala pembelian dan tempahan tudung boleh dilakukan selepas tarikh tersebut. Pihak kami memohon maaf atas kesulitan ini. Teruskan menyokong kami dalam usaha memperbaiki servis pembelian on9 yang disediakan. Sekian, terima kasih.

What is Lycra ???


Lycra adalah sejenis fabrik terkenal yang digunakan untuk menghasilkan pelbagai jenis pakaian. Fabrik lycra mempunyai banyak keistemewaan. Antaranya...
1) Ianya lembut dan amat selesa dipakai
2) Mempunyai sistem pengudaraan yang bagus
3) Tidak mudah renyuk dan tidak perlu digosok
4) Warna tidak mudah luntur selepas cucian
5) Mampu bertahan lama

Monday, July 04, 2011

The customer is always right | Consumer Protection Act 1999

Know your consumer rights

When you buy an item from an on9 shop the law says the item must be:
1) Satisfactory quality – last for the time you would expect it to and be free of any defect
2) Fit for purpose – fit for the use described and any specific use you made clear to the trader
3) As described – match the description on what the trader told you
If an item doesn’t meet any of these rights, it is faulty and you will usually have the right to a repair, replacement and refund.

السلام عليكم | Selamat Datang | Welcome

السلام عليكم | Selamat Datang | Welcome diucapkan kepada semua peminat2 fesyen tudung tanah air. Pada hari ini, tanggal 29 Rejab 1432 Hijrah, kami ingin memperkenalkan anda kepada Qeera Collections (QCs). QCs adalah perniagaan on9 yang diterajui oleh beberapa individu yang juga merupakan antara peminat2 fesyen muslimah terkini. Di QCs, kami menawarkan koleksi2 tudung yang direka khas mengikut citarasa terkini dengan harga yang berpatutan.
     Kami menggunakan tema ceria, ringkas dan menarik dalam menghasilkan blog ini (http://qeeracollections.blogspot.com/). Pendekatan ini digunakan supaya para pelanggan mudah melayari semua kandungan-kandungan di dalam blog. Salam perkenalan dan selamat membeli-belah secara on9 bersama QCs!