السلام عليكم kepada semua muslimin dan muslimat. Disini QCs ingin mengucapkan selamat menyambut ketibaan bulan Ramadhan yang mulia lagi diberkati. Marilah kita bersama-sama menyempurnakan ibadah puasa dan memperbanyakkan amalan2 sunat untuk bekalan di akhirat kelak. Amin...
Showing posts with label Islamic events. Show all posts
Showing posts with label Islamic events. Show all posts
Sunday, July 31, 2011
Ramadhan | Rahmat dari Illahi
Tuesday, July 19, 2011
Jumaat | Penghulu segala hari
السلام عليكم kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Kita semua tahu di dalam Islam, Jumaat adalah penghulu segala hari. Berbagai fadhilat dan amalan yang boleh dilakukan pada hari tersebut bagi menambah bekalan kita menuju hari akhirat kelak. Namun begitu, hakikat ini sering terlepas dari pandangan kita semua yang lebih cenderung mengejar kelapangan masa di hujung minggu untuk bersantai.
Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud;
"Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat. Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."
+ Sedekah pada hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.
+ Mati pada malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".
+ Kelebihan menunaikan sembahyang Jumaat
Nabi bersabda;
1) "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid.
2) Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

Monday, July 04, 2011
Peristiwa | الإسراء والمعراج
Tahukah anda pada 27 Rejab 1432 Hijrah yang lepas adalah hari berlakunya peristiwa الإسراء والمعراج?
Peristiwa الإسراء والمعراج bukan hanya sekadar sebuah kisah sejarah yang diceritakan kembali setiap kali 27 Rejab menjelang. Adalah lebih penting untuk kita menghayati pengajaran di sebalik peristiwa tersebut bagi menteladani perkara yang baik dan menjauhi perkara yang tidak baik. Peristiwa الإسراء والمعراج yang memperlihatkan pelbagai kejadian aneh yang penuh pengajaran seharusnya memberi keinsafan kepada kita agar senantiasa mengingati Allah dan takut kepada kekuasaan-Nya.
Subscribe to:
Posts (Atom)