Friday, July 08, 2011

Bagaimana memilih warna yang bersesuaian dengan anda?

Colour Wheel
Memilih warna yang bersesuaian dengan diri anda kadangkala bukanlah sesuatu yang mudah. Terdapat beberapa faktor2 lain yang perlu diambil kira bagi anda untuk tampil lebih menarik. Faktor2 tersebut termasuklah

1)Padanan pakaian
Lazimnya, pemilihan warna tudung adalah lebih sesuai sekiranya dipadankan dengan beberapa warna major di pakaian anda. Keserasian ini dapat mengelakkan colour contrast yang melampau.
2) Usia
Golongan muda tampak lebih menarik dengan warna yang ceria dan cerah manakala golongan yang berusia kebiasaanya memilih warna yang berbeza dari kategori ini.
3) Mood
Sesetengah individu gemar memilih warna sebagai medium untuk mengambarkan perasaan mereka. Pemilihan warna yang cerah dan ceria melambangkan jiwa yang gembira dan seronok. Namun, setiap individu mempunyai citarasa warna yang tersendiri dalam melambangkan mood mereka.

No comments:

Post a Comment