Tuesday, July 19, 2011

Jumaat | Penghulu segala hari

السلام عليكم kepada semua muslimin dan muslimat sekalian. Kita semua tahu di dalam Islam, Jumaat adalah penghulu segala hari. Berbagai fadhilat dan amalan yang boleh dilakukan pada hari tersebut bagi menambah bekalan kita menuju hari akhirat kelak. Namun begitu, hakikat ini sering terlepas dari pandangan kita semua yang lebih cenderung mengejar kelapangan masa di hujung minggu untuk bersantai.

Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud; 
"Sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat. Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat. Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."


+ Sedekah pada hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

+ Mati pada malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

+ Kelebihan menunaikan sembahyang Jumaat
Nabi bersabda;
1) "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid.
2) Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

No comments:

Post a Comment