Monday, July 25, 2011

POSLAJU | Percuma untuk pembelian melebihi 3

السلام عليكم dan selamat petang diucapkan kepada semua para pelanggan QCs. Kami ingin memaklumkan kepada anda semua bahawa caj penghantaran melalui POSLAJU adalah PERCUMA!!! bagi pelanggan yang membeli koleksi pada kuantiti tiga dan keatas. Caj penghantaran POSLAJU yang ditetapkan sebelum ini adalah sebanyak RM6 mengikut harga semasa.

Para Pelanggan PosLaju yang dihormati,

Adalah dimaklumkan berkuatkuasa 15 Julai 2011, kadar surcaj bahan api untuk semua perkhidmatan PosLaju akan dinaikkan dari 10% ke 15%. Kenaikan di atas adalah sejajar dengan kenaikan harga bahan api dan kos pengangkutan semasa serta keputusan oleh Persatuan Syarikat Pengendali Ekspres Malaysia (AMEC) di mana berkuatkuasa 1 Jun 2011, syarikat kurier domestik Malaysia akan menaikkan kadar surcaj bahan api mereka daripada kadar sedia ada ke kadar baru iaitu 15% tetapi masih mengekalkan 10% untuk caj pengendalian. Kenaikan surcaj bahan api ini adalah amat diperlukan untuk memastikan PosLaju dapat mengekalkan kualiti perkhidmatan kepada semua Pelanggan. Walaupun industri kurier telah mula menguatkuasakan kadar baru ini pada 1 Jun 2011, namun demi kepentingan pelanggan PosLaju, kami mengambil langkah kenaikan lebih lewat, iaitu pada 15 Julai 2011. Terima kasih.

No comments:

Post a Comment